"Saya hormati keputusan pihak pengurusan."
Itu reaksi Badrul Afzan Razali selepas direhatkan daripada tugas selaku ketua jurulatih Terengganu, berkuat-kuasa serta-merta kelmarin.
Advertisement
Meskipun terkilan gagal bimbing skuad Peteh hingga akhir musim ini, anak jati kelahiran Kemaman itu percaya apa yang dilaluinya adalah lumrah dalam jatuh bangun karier seorang jurulatih profesional.
"Saya rasa terkilan apabila diberitahu direhatkan, apa pun saya terima keputusan pihak pengurusan.
"Ini pengalaman baru buat saya sebagai jurulatih, saya kena perbaiki bidang kejurulatihan saya.
"Terima kasih kepada pihak tertinggi pengurusan kerana memberi peluang kepada saya selama lapan tahun bersama Terengganu -- dari TFC III, TFC II, seterusnya Liga Super.
"Terima kasih kepada pemain yang memberi kerjasama yang baik, terima kasih kepada pnyokong yang memberi saya semangat.
"Buat masa ini saya bertenang dan sedia pertimbang kalau ada peluang baru," katanya kepada Nadi Weekend sebentar tadi.