Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Akhyar Rashid syukur Terengganu kembali di landasan cemerlang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Akhyar

Bintang Terengganu, Akhyar Rashid, enggan mendabik dada dengan persembahan bertenaganya dalam perlawanan Liga Super menentang Imigresen meskipun dia merupakan antara pencetus kepada gerakan berbahaya membantu rakan sepasukan mencipta kemenangan, semalam.

Tonggak Harimau Malaya itu bukan sahaja mampu menjadi ‘game changer’ kepada skuad Peteh, namun kemahiran teknikalnya yang bijak mengeksploitasi ruang di bahagian sayap merupakan tunjang utama kejayaan pasukan itu.

Advertisement

Bagaimanapun, Akhyar menyifatkan keunggulan Terengganu adalah bersifat kolektif dengan bantuan rakan seperjuangan.

Baginya, apa yang lebih penting adalah tiga mata yang diperoleh, sekali gus menyaksikan mereka terus berada dalam kelompok lima pasukan teratas dalam kancah tempatan.

"Jurulatih memberi tunjuk ajar tentang larian dan mencuri ruang yang kosong.

"Saya cuma memainkan peranan yang diberikan.

"Ia juga hasil daripada pertolongan rakan-rakan.

"Saya berpuas hati walaupun agak sukar pada separuh masa pertama, tetapi Alhamdulillah dapat memberikan apa yang diminta," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari. 

Sang Penyu meraih kemenangan kelima usai menewaskan Imigresen 3-2 menerusi dua jaringan Raianderson da Costa Morais atau dikenali sebagai Careca dan Gabriel Silva. 

Must Watch Video