Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: 17 kemenangan berturut-turut, JDT terus dahagakan kemenangan

JDT

Tempoh 48 jam bukan isu besar buat Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang pertemuan menentang penang dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, malam ini.

Skuad Harimau Selatan menempuhi jadual padat apabila baru sahaja mengharungi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Melaka di Stadium Hang Jebat, kelmarin.

Advertisement

Faktor keletihan bukan kebimbangan utama kem JDT apabila mereka memiliki pilihan untuk melakukan penggiliran pemain tanpa menjejaskan kualiti pasukan.

Ketua jurulatih, Xisco Munoz, dijangka menampilkan kesebelasan berbeza bagi memastikan kesegaran pemain berada di tahap optimum selain mengekalkan momentum kemenangan liga.

Dalam sesetengah situasi, kami menggunakan rakaman dan saya mencuri masa untuk menerapkan pendekatan tertentu.

"Adakalanya kami tidak dapat turun berlatih kerana kunjungan ke tempat lawan.

"Menuju hujung saingan, semua pemain perlu berikan fokus dan matang dalam sesetengah situasi, selain saya mengharapkan mempunyai ramai pilihan pemain," katanya.

Pendekatan yang konsisten sebelum ini membolehkan JDT kekal kompetitif dalam setiap pertandingan, sekali gus membuktikan kekuatan sebenar pasukan bukan sahaja terletak di barisan utama, malah pemain simpanan yang berkualiti.

Dengan reputasi cemerlang dan mentaliti juara yang dimiliki, juara liga 11 kali berturut-turut itu tetap dilihat sebagai pilihan utama untuk membawa pulang tiga mata meskipun berdepan jadual yang cukup mencabar minggu ini.

"Sebagai jurulatih, saya sangat bertuah kerana mempunyai skuad yang mantap dan pilihan pemain yang ramai.

"Hari ini kami mungkin boleh bermain dengan baik dan ada masanya boleh menampilkan corak permainan kami.

"Kami menuntut 100 peratus usaha dan perlu berikan sentuhan maksimum.

"Adalah penting kami teruskan usaha ini, tidak bersikap sambil lewa dan memenuhi cita-cita.

"Kami belum mencapai apa-apa lagi memandangkan musim masih lagi bersisa. Dengan 17 kemenangan berturut-turut, saya mengharapkan perkara positif untuk aksi seterusnya," katanya. 
 

Must Watch Video