Masih segar dengan kemenangan skuad sepak takraw berpasukan lelaki yang menamatkan kemarau emas 34 tahun.
Tidak dinafikan kejayaan tersebut telah menyebabkan ramai peminat sepak takraw dalam dan luar negara mula berbicara mengenai kejohanan liga sepak takraw yang telah memasuki edisi ke 11.
Advertisement
Antara yang lantang bersuara di media sosial ialah bekas tekong negara Thailand, Rattadech Noijaroen yang pernah beraksi bersama Johor Tigris dalam STL.
Mesra dengan panggilan Top, beliau mengangkat STL sebagai satu platform yang telah melahirkan bakat-bakat muda selain melihat STL memiliki kelas tersendiri dan patut dicontohi di negaranya sendiri.
Selain itu, Top juga mengatakan Malaysia sangat serius dalam sepak takraw dan mempunyai liga profesional yang kukuh, kejohanan yang konsisten, sistem pembangunan atlet yang baik dan yang paling penting sokongan sebenar daripada kerajaan.

Top yang cukup mengenali Farhan Adam sejak berada dalam skuad kebangsaan turut menyanjungi semangat yang dipamerkan apit kiri berpengalaman negara kerana tidak pernah berputus asa.
Top melihat Farhan sebagai seorang yang berhari kental walaupun lebih daripada enam atau tujuh kali tanpa pernah memenangi emas dan sebelum bersara,
akhirnya dia memenangi pingat emas untuk negaranya dan untuk dirinya sendiri.
Tekong tinggi lampai ini berkata: “Saya sangat menghormati kesetiaannya terhadap impian, ketabahannya, dan komitmennya yang tidak pernah goyah.”