Pengiktirafan buat pemain dan pasukan, sekali gus menyuntik semangat menjelang musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) kembali dengan kali ini penjenamaan semula dikenali sebagai Liga Malaysia (Liga M) Awards.
Senarai Pemenang Liga M Awards 2025-2026
Pemain Paling Bernilai (MVP) – Afiq Fazail (JDT)
Selepas dominasi empat musim berturut-turut sejak 2021 oleh Arif Aiman Hanapi, kini trofi bertukar tangan milik bintang tengah Johor Darul Ta'zim itu yang berperanan selaku watak penting setiap perlawanan.
Jurulatih Terbaik – Xisco Munoz (JDT)
Penjaga Gol Terbaik – Syihan Hazmi Mohamed (JDT)
Pertahanan Terbaik – Quentin Cheng (Selangor)
Pemain Tengah Terbaik – Afiq Fazail (JDT)
Penyerang Terbaik – Faisal Halim (Selangor)
Pemain Import Terbaik – Bergson da Silva (JDT)
Pemain Muda Terbaik – Haziq Kutty Abba (Penang)
Gol Terbaik Liga Malaysia 2025/26 – Ramadhan Saifullah Usman (Kuching City)
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super – Safawi Rasid (KL City)
Penjaring Terbanyak Liga Super – Bergson da Silva (JDT)
Pasukan Terbaik – JDT
Anugerah Fair Play – Melaka
Penyokong Terbaik – Boys of Straits (JDT)
Fan XI – Haziq Nadzli, James Okwuosa, Eddy Israfilov, Rodney Celvin Akwensivie, Petrus Shitembi, Danial Amier Norhisham, Afiq Fazail, Oscar Arribas, Arif Aiman Hanapi, Bergson da Silva dan Ramadhan Saifullah Usman.