Pemain Paling Bernilai (MVP) empat kali berturut-turut Liga M Awards, Arif Aiman Hanapi, tiada dalam senarai pencalonan buat kali pertama sejak 2021 dalam mana-mana kategori edisi kali ini.
Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) kembali dengan kali ini penjenamaan semula dikenali sebagai Liga Malaysia (Liga M) Awards.
Perkara itu dijangkakan susulan Arif yang diketepikan sejak November tahun lalu selepas mengalami kecederaan hamstring ketika mewakili skuad kebangsaan. Dia terpaksa menjalani pemulihan panjang sebelum beraksi semula pada 23 Mei lalu.
Jadi siapa yang akan membawa pulang mahkota kejuaraan individu itu?
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memuat naik hantaran di X menyaksikan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) yang merupakan rakan sepasukan Arif, Afiq Fazail, diramal berpotensi merangkul anugerah tersebut.
Untuk rekod, Afiq merupakan calon Pemain Tengah Terbaik bersama Danial Amier Norhisham dan Nooa Laine.
Segala jawapan akan diketahui malam ini!