Skip to main content

Bola Sepak

Liga M Awards 2025/26: 70 pemain rebut anugerah berprestij

MFL

Siapakah yang akan memenangi gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu?

Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) kembali dengan kali ini penjenamaan semula dikenali sebagai Liga Malaysia (Liga M) Awards.

ABK yang diperkenalkan pada musim 2005-2006 akan berwajah baharu bermula dengan Liga M Awards 2025-2026 bagi memastikan identiti penganugerahan lebih tepat dengan skop penilaian yang dilaksanakan.

Melalui format baharu Liga M Awards, kesemua perlawanan rasmi dalam kalendar Liga Malaysia musim 2025-2026 akan diambil kira termasuk baki saingan Liga Super, perlawanan piala domestik serta Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang menjadi kemuncak musim.

Langkah ini dijangka memberikan gambaran yang lebih tepat terhadap prestasi sebenar pemain dan jurulatih kerana penilaian dibuat berdasarkan keseluruhan musim. Ia juga memberi peluang kepada aksi-aksi penting pada penghujung saingan termasuk jaringan gol, bantuan gol dan aksi menyelamat yang luar biasa dalam perlawanan berprofil tinggi untuk turut diambil kira dalam proses pemilihan.

Selain itu, statistik pemain akan menjadi lebih komprehensif untuk dinilai memandangkan jumlah maksimum perlawanan yang boleh diharungi seseorang pemain sepanjang musim adalah sehingga 38 perlawanan melibatkan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup.

Pada musim lalu, sebanyak 17 kategori anugerah telah dipertandingkan dengan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi, dinobatkan sebagai MVP buat kali keempat berturut-turut.

Rujuk senarai anugerah dan 70 pemain yang disenarai pendek:

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video