Skip to main content

Hoki

Liga Hoki Remaja terus diperkasakan, tambah pencabar Divisyen 2

a

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengambil langkah proaktif bagi memastikan saingan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2026 yang akan membuka tirainya dari 17 Jun hingga 19 Julai ini terus kompetitif dan berjalan rancak.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Datuk Seri Dr Anil Sandhu, berkata penambahbaikan dilakukan ke atas kategori Divisyen 2 lelaki dan Divisyen Perempuan bagi menampilkan pasukan yang mempunyai kualiti lebih baik.

“Playoff telah diadakan dari 9 hingga 16 Jun. Kami tidak memandang kepada kuantiti pasukan tetapi lebih kepada kualiti pasukan yang beraksi.

"Kami juga tak mahu melemahkan semangat pasukan dengan keputusan tewas menerusi jurang gol yang besar seperti apa yang berlaku pada musim lalu,” katanya.

Sebanyak sembilan pasukan termasuk SSTMI Junior dan Negeri Sembilan yang baru dinaikkan pangkat musim ini akan bersaing merebut kejuaraan MJHL Divisyen 1 yang dimenangi oleh SSTMI Thunderbolts musim lalu.

Saingan Divisyen 2 melibatkan 24 pasukan keseluruhan, dipecahkan dua bahagian dengan 16 pasukan (Central) dan 8 pasukan (Utara), manakala Divisyen Perempuan menyaksikan 16 pasukan musim ini.

Dua pasukan Divisyen 1 yang jatuh ke Divisyen 2 musim ini, MSNS/PHS/SSMS (Sabah) akan bermain di Kumpulan Utara dan Akademi Hoki MBPJ bakal beraksi di Kumpulan Central.

Dalam masa sama, KHM turut memberikan kepercayaan kepada 44 pegawai teknikal dan 35 pengadil bagi memastikan saingan berprestij TNB MJHL berlangsung penuh jaya.

Secara keseluruhan, 10 venue akan digunakan melihatkan tiga arena di Lembah Klang iaitu Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil; Stadium Hoki TNB Uniten dan Stadium Hoki UNIKL Bangi.

Lima lagi venue seperti Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan; Stadium Hoki Seremban 2; Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang; Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh dan Stadium MBMB Bukit Serindit Melaka.

Baki dua venue terakhir adalah Padang Hoki SDBL Johor dan Pahang Hoki SSTMI, Johor.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

Must Watch Video