Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa akur dalam perlawanan pertama saingan Liga A2 Amatur apabila tewas kepada ACEIO di Stadium Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru semalam.
Bekas pemain Negeri Sembilan, Alifh Aiman Rosman, menjadi wira buat pelawat apabila menjaringkan gol pada minit akhir, sekali gus memperoleh tiga mata penuh bagi Zon Tengah dan berada di tempat pertama setakat ini.
Inisiatif terbaik daripada Harimau Selatan untuk memberi pendedahan kepada pemain akar umbi kelab itu mendapatkan pengalaman dengan menyertai Liga A2 Amatur musim ini.
Bekas bintang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Aysar Hadi Shapri, turut memperkuat Akademi JDT selaku ketua pasukan.
Keputusan lain minggu pertama: