Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Venood wira Bunga Raya saat akhir

Liga A1

Bekas jeneral tengah Selangor, S. Venood, muncul wira memacu kemenangan Bunga Raya ke atas Seoul Phoenix dalam pertembungan Liga A1 Semi-Pro di Stadium Mini Persada Plus, petang tadi.

Terdahulu, perlawanan terpaksa dihentikan sementara berikutan hujan lebat dan babak pertama berlangsung hambar dengan kedua-dua pasukan gagal mencipta jaringan untuk kedudukan terikat tanpa jaringan.

Advertisement

Memasuki babak kedua, tempo permainan meningkat dengan kedua-dua pasukan saling mengasak dan Bunga Raya akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-66 menerusi penyerang import, Emanuel Samson.

Bunga Raya kemudian dihadiahkan sepakan penalti selepas penyerang mereka dikasari pertahanan lawan namun, Venood gagal menyempurnakan peluang itu dengan sepakannya diselamatkan penjaga gol.

Tidak patah semangat, Venood akhirnya menebus kehampaannya pada minit ke-90 dengan meledak jaringan kedua Bunga Raya bagi mengesahkan kemenangan 2-0 dan memastikan tiga mata penuh.

Topik Berkaitan

Must Watch Video