Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: UM Damansara United tundukkan Imigresen II

Liga A1 Semi-Pro: UM Damansara United tundukkan Imigresen II

Aksi minggu ke-24 Liga A1 Semi-Pro Malaysia menyaksikan UM Damansara United bangkit cemerlang untuk menewaskan Imigresen II 3-1 di laman sendiri.

Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan terbuka dan saling berbalas serangan dalam usaha memburu jaringan awal.

Advertisement

Tuan rumah terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-20 menerusi jaringan pemain tengah, Saiful Iskandar Adha yang bijak memanfaatkan peluang di hadapan gawang.

Imigresen II tidak mengalah dan terus mengatur serangan balas sebelum berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Said Khamis, sekali gus memastikan kedudukan 1-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, percaturan ketua jurulatih UM Damansara United, Ridzuan Abu Shah nyata menjadi apabila beliau memasukkan ‘super sub’ Shafizi Iqmal seawal minit permainan.

Penyerang itu tidak menunggu lama untuk memberi impak apabila menjaringkan gol pada minit ke-51 menerusi sepakan percuma menarik dari luar kotak penalti bagi meletakkan tuan rumah kembali di hadapan.

Momentum terus memihak kepada UM Damansara United sebelum Wan Ahmad Kuzri menambah jaringan ketiga untuk mengesahkan kemenangan selesa 3-1.

Must Watch Video