Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Selangor II terus tekan JDT II, perseteruan menuju penentuan juara kian sengit

Liga A1 Semi-Pro: Selangor II terus tekan JDT II, perseteruan menuju penentuan juara kian sengit

Saingan Liga A1 Semi-Pro semakin memuncak apabila dua pasukan gergasi, Selangor II dan Johor Darul Ta'zim II, terus mencatat kemenangan -- sekali gus memastikan perebutan kejuaraan berlanjutan hingga ke penghujung musim.

Beraksi di laman sendiri, Selangor II bermula garang dengan deretan peluang, namun gagal menembusi gawang Kedah FA pada awal permainan.

Advertisement

Penyerang utama, Abdul Rahman Daud, mengetuai jentera serangan skuad Gergasi Merah Kuning, namun beberapa percubaannya berjaya dinafikan oleh aksi cemerlang penjaga gol Kedah.

Walaupun lebih banyak bertahan, Kedah FA terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Rahmat Makasuf pada minit ke-24, sekali gus meletakkan tekanan ke atas Selangor II.

Namun, kebangkitan Selangor II hadir di babak kedua apabila Aiman Hakimi Othman menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-73.

Momentum jelas memihak kepada tuan rumah selepas itu sebelum Rohisham Haiqal Hashim muncul wira dengan jaringan kemenangan lima minit sebelum wisel penamat.

Kemenangan 2-1 ini memastikan Selangor II berkongsi 58 mata dengan pendahulu saingan, JDT II, yang rekodkan kemenangan ke atas Bunga Raya 2-0, Celso Bermejo serta Daryl Sham bertindak selaku penjaring gol pasukan berpangkalan di selatan tanah air itu.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video