Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Saya harapkan keajaiban -- Jurulatih sementara Seoul Phoenix

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

seoul

'Saya hanya harapkan keajaiban'

Jurulatih sementara Seoul Phoenix, Ariff Hashim, mengakui berdepan misi mustahil untuk meraih keputusan positif bertemu Kelantan Red Warriors di tempat lawan esok..

Advertisement

Dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena,  Zulhelmi Zainal Azam, Ariff mendedahkan dia baru sahaja mengambil alih pasukan itu tiga hari lalu bagi menggantikan pengendali terdahulu, Lee Sang-jin.

"Untuk persiapan esok InsyaAllah kami ada perancangan untuk hadapi KRW, saya ada melihat permainan mereka sebelum ini.

"Hari ini kami bagitahu pemain apa yang perlu dilakukan, saya baru tiga hari bersama pasukan. Kami akan cuba mengharungi aksi berdepan KRW.

 

 

 

 

Malah, Ariff turut tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang selain fokus sepenuhnya untuk  membantu pasukan terlebih dahulu.

"Saya baru dilantik, sebelum ini saya hanya pantau dan bantu. Kami cuba apa yang mampu, tidak mampu janjikan apa lagi.

"Pasukan ini ada yang akan keluar dan masuk, ada beberapa pemain baru akan lakukan debut esok, kami cuba yang terbaik.

"Jika mereka ikut arahan, saya harapkan keajaiban." katanya.


Untuk rekod, Seoul Phoenix kini berada di kedudukan ke-13 dalam carta liga dengan mengumpul 14 mata, sementara di tangga keenam selepas meraih 29 mata.

 

Must Watch Video