Perlawanan tunggal Liga A1 Semi-Pro hari ini menyaksikan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) membawa pulang tiga mata daripada Kompleks Sukan UPM selepas menewaskan Imigresen II 2-1 sebentar tadi.
Skuad kendalian Josep Ferre mendahului terlebih dahulu pada minit ke-22 hasil satu gerakan kemas bermula daripada Daryl Sham sebelum disempurnakan oleh penggempur Utama, Macias Celso, selepas menerima bola muntah di hadapan gawang.
Advertisement
Imigresen II yang tersentak dengan jaringan itu berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-33 menerusi Michael Archange yang bijak menanduk bola masuk dari satu sepakan percuma untuk menewaskan Zulhilmi Sharani untuk terikat 1-1.
Masuk babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan melakukan serangan bertali arus ke kubu lawan masing-masing.
Pasukan tuan rumah berpeluang mendahului buat kali pertama, namun Said Khamis gagal menyempurnakan sepakan penalty.
Begitupun, Alif Ahmad yang masuk selaku pemain gantian muncul wira pasukan pelawat selepas satu sepakan padu menoktahkan kemenangan untuk keputusan 2-1 memihak JDT kekal hingga ke wisel penamat.