Hasrat Kelantan Wan Tendong Stable (WTS) untuk mencabar kedudukan tiga terbaik Liga A1 Semi-Pro semakin bersinar apabila mengutip tiga mata penuh susulan kemenangan percuma diberikan dalam perlawanan semalam.
Ia, selepas pasukan lawan, Machan, gagal menurunkan bilangan pemain yang tidak mencukupi untuk memulakan aksi.
Advertisement
Dan, tuan rumah dihadiahkan kemenangan percuma 3-0, sekali gus menghuni kedudukan keempat dibezakan satu mata di belakang Kedah FA.
🚨Liga A1, kemenangan percuma buat Kelantan WTS, Machan FC tak cukup pemain untuk mulakan perlawanan.@ASTROARENA pic.twitter.com/6oF3MoqQKm
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 27, 2026
Sebarang tindakan susulan atau kemungkina hukuman terhadap Machan belum diketahui, dan menunggu keputusan Liga Bolasepak Amatur (AFL) sebagai penganjur.