Skip to main content

Futsal

Liga A1 Semi-Pro: MUFT terpaksa akur kongsi mata di laman sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dam

Malaysian University (MUFT) terpaksa berpuas hati apabila sekadar berkongsi mata di laman sendiri selepas terikat 1-1 bertemu UM-Damansara United dalam perlawanan minggu ke-19 Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 sebentar tadi.

Dalam babak pertama aksi di Serdang itu menyaksikan skuad Kota Dam menguasai penuh permainan dengan kerap melakukan serangan ke arah kubu lawan namun ketangkasan Azim Nazri kerap menafikan peluang itu.

Advertisement

Masuk masa kecederaan babak pertama pula serangan yang dilakukan anak buah  Ridzuan Abu Shah ternyata membuahkan hasil selepas tandukkan padu kapten pasukan Shivan Pilley berjaya menerjah jaring.

 

 

 

Sejurus kembali daripada bilik persalinan, kedua pasukan diberikan tonik terbaik untuk memastikan kemenangan berpihak pasukan masing masing.

Pasukan pelawat hampir menggandakan kedudukan minit ke-54 selepas dihadiahkan sepakan penalty, namun sepakan Nicolas Vagas berjaya ditepis Azim.

Begitupun, MUFT menyamakan kedudukan pada minit ke-58 selepas Haziq Deli memanfaatkan peluang terhidang di hadapan gawang hasil bola muntah dari penjaga gol untuk keputusan seri itu kekal hingga ke wisel penamat

 

Must Watch Video