Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Malaysian University impi calar ego Imigresen II

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga A1 Semi-Pro

Penyerang Malaysian University (MUFT), Asyraaf Rifqi Rosli, percaya pasukannya masih berupaya bangkit daripada zon bawahan Liga A1 Semi-Pro dan bersedia untuk menghadapi cabaran sukar menentang kelab yang kini menghuni tangga kelima, Imigresen II.

Dia yang menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika MUFT menewaskan Armed Forces minggu lalu, melihat pengawalan di bahagian awal minit permainan sebagai detik kritikal apatah lagi bertemu dengan pasukan kelompok atasan.

Advertisement

"Kami akan cuba kawal awal permainan.

"Semestinya kami dapat tingkatkan penyudah. Di atas kertas, Imigresen mungkin jadi pilihan tapi kami tidak akan berikan jalan mudah," katanya menjelang pertembungan di Stadium UPM, Serdang, esok.

Selain formasi pasukan yang semakin berada di landasan terbaik, dia percaya satu lagi kekuatan MUFT datang daripada hakikat bahawa pasukannya kini dibarisi lebih ramai muka baru dan memiliki kelebihan dari faktor kecergasan.

MUFT kini menghuni tangga ke-14 daripada 16 pasukan dan memerlukan keputusan positif untuk mengubah haluan mereka dalam baki saingan liga.

"Pasukan ini baru ditubuhkan pada tahun ini.

 

 

 

 

"Keserasian kami semakin meningkat dan persiapan kami berjalan dengan lancar.

"Kami dibarisi pemain muda -- stamina dan kepantasan bukan masalah bagi kami -- kami cuma perlu kutip lebih banyak pengalaman," katanya.

 

Must Watch Video