Perlawanan Liga A1 Semi-Pro semalam menyaksikan Kelantan Red Warrior (KRW) meraih kemenangan 2-1 ke atas Kedah FA dalam perlawanan yang berlangsung sengit di Kota Bharu, Kelantan.
Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan sebaik wisel ditiup, namun ketumpulan penyudah menyaksikan separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.
Advertisement
Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-57 menerusi rembatan lencong, Jasmir Mehat yang berjaya menewaskan penjaga gol KRW.
Tersentak dengan jaringan itu, pasujab tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan hanya tiga minit kemudian apabila Emmanuel Mbarga menanduk masuk bola hasil hantaran tepat dari sebelah kanan.
Momentum terus memihak kepada KRW apabila mereka menambah jaringan kedua pada minit ke-68 menerusi rembatan padu dari luar kotak penalti oleh Faiz Nasir yang terus menerjah gawang Kedah.
Kedah berusaha keras mencari gol penyamaan pada baki permainan, namun kekebalan benteng pertahanan KRW memastikan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.