Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi Pro: Jumlah keseluruhan pasukan bertanding diketahui minggu depan

d

Ketua Pegawai Operasi, Amateur Football League (AFL), Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad, memaklumkan keputusan muktamad berkenaan jumlah pasukan bertanding bagi saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/27 hanya akan diketahui minggu depan.

Terdapat empat pasukan sedang berada dalam senarai menunggu dan diberi masa hingga 31 Julai ini bagi melengkapkan dokumentasi pengesahan penyertaan sebelum dinilai secara merit untuk kelayakan beraksi.

Terdahulu, AFL selaku badan pengelola Liga A1 mengumumkan sebanyak 12 pasukan sudahpun mengesahkan penyertaan bagi harungi cabaran musim 2026/27 yang dijadualkan bermula dari 28 Ogos 2026 hingga 15 Mei 2027.

 

 

 

"Rancangan kita pada awalnya sebanyak 14 pasukan untuk musim ini, kerana itu kami berikan lanjutan masa kepada 14 lagi pasukan.

"Begitupun, kami tidak menolak kemungkinan 12 pasukan sahaja, 12 juga kami boleh jalan (saingan liga).

"Jika daripada empat itu hanya ada satu yang boleh berikan komitmen apa yang kami minta, 13 pasukan juga boleh teruskan.

"Bermula 28 Ogos 2026, masih dikekalkan tiga pemain import, pasukan juga wajib daftar tujuh pemain B-22." katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video