Liga A1 Semi Pro bakal membuka tirainya dengan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim II bakal berdepan cabaran Universiti Sains Malaysia (USM) di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, pada jam 8.45 malam, esok.
Ayuh semua penyokong dijemput hadir ke stadium untuk sama-sama memeriahkan saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi pembukaan ini di saluran Youtube Astro Arena.
