Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Imigresen II terkilan terlepas peluang benam Perak

j

Pencarian tiga mata penting membabitkan Imigresen II dan Perak berakhir dengan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata, hari ini.

Perak menganggap keputusan ini relevan merujuk kepada kepincangan pasukannya yang berhadapan dengan masalah kecederaan melibatkan 10 pemain utama.

Advertisement

"Kami mengalami 10 kecederaan termasuk pemain import.

"Kami sepatutnya mampu bermain dengan lebih baik lagii dan mencipta keputusan yang lebih baik.

"Dengan setiap perlawanan berselang empat hari, anak buah saya berasa agak lesu.

 

"Jadi keputusan ini agak adil buat kami," kata ketua jurulatih Perak, Syamsul Saad, di Stadium UPM, Serdang. 

Bagaimanapun, Imigresen II terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Hazim Abu Zaid pada minit ke-11 sebelum Ekene Victor menyamakan kedudukan 5 minit kemudian menerusi sepakan penalti.

 

 

 

Seterusnya tuan rumah juga menerima peluang sepakan penalti yang disempurnakan Said Khamis pada minit ke-29 untuk meletakkan pasukan kendalian Azlan Ahmad tersebut di depan buat seketika, sebelum jaringan penyamaan kali kedua menerusi Afifin Arfa menyusul pada minit ke-45.

 

 

 

"Pemain perlu gunakan kelebihan yang ada tapi sesetengah pemain tidak mengambilnya.

"Perak sebuah pasukan yang bagus. Jadi kami tidak boleh kalah lagi dalam enam perlawanan dan memenanginya," kata jurulatih Imigresen II, Azmin Azram Abdul Aziz.

 

Must Watch Video