Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Guru pendidikan jasmani mahukan jawapan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Zubair

Ibarat gantung tidak bertali.

Itulah nasib pertahanan kiri Seoul Phoenix, Zubair Kamarulzaman, susulan namanya dikeluarkan daripada senarai skuad bagi baki saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini.

Advertisement

Ia berlaku ketika bekas pemain Imigresen dan UKM itu mendakwa bahawa dia dan rakan sepasukannya tidak menerima bayaran gaji selama enam bulan, dari Ogos 2025 hingga Januari 2026.

"Saya terkejut apabila dikhabarkan ada kumpulan lain dan membuang pemai tempatan termasuk tonggak Korea.

"Kami semua diketepikan begitu sahaja," luahnya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Zubair menegaskan keutamaannya kini adalah memperjuangkan nasib dan hak pemain ketika dia masih mampu meneruskan kelangsungan hidup kerana memiliki pekerjaan tetap.

Dia merupakan seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur (KL), namun cintanya terhadap bola sepak masih tebal meskipun diuji pelbagai cabaran.

"Saya mahukan jawapan yang baik buat kami semua kerana ada pemain sepenuh masa dalam karier bola sepak.

"Jadi, mereka terpaksa mencari kerja lain," tambahnya.

Krew Nadi Arena cuba mendapatkan penjelasan Seoul Phoenix, namun pihak pengurusan kelab berkenaan enggan memberi komen lanjut mengenai kemelut ini.

Must Watch Video