Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Armed Forces turun hadapi UM-Damansara tanpa khidmat Marcus Mah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marcus

Pasukan Armed Forces yang berhadapan cabaran tambahan menjelang perlawanan Liga A1 Semi-Pro menentang UM-Damansara United di Stadium MINDEF, Kuala Lumpur, esok.

Perkara itu susulan tonggak utama, Marcus Mah, yang sudah menjaringkan tiga gol musim ini disahkan mengalami kecederaan otot quadriceps kanan.

Advertisement

Menurut pasukan perubatan, keadaan pemain itu akan dinilai dari semasa ke semasa bagi menentukan kesesuaian untuk diturunkan.

Jurulatihnya, Kevin Cooper, menegaskan fokus pasukan kekal terhadap disiplin taktikal, kekuatan mental serta kesiapsiagaan pemain lain, untuk mengisi kekosongan dalam usaha mengekalkan momentum positif musim ini bagi merebut kedudukan tiga teratas.

 

 

 

"Marcus mengalami kecederaan pada penghujung pusingan pertama, jadi dalam usaha membawa dia kembali bersama pasukan.

"Dia mungkin akan boleh beraksi tetapi saya tidak mahu turunkan dia kerana berisiko untuk memastikan keadaan dia baik.

"Jika dia tidak boleh beraksi ia merupakan peluang buat pemain lain untuk turun beraksi." katanya.

Armed Forces berada di kedudukan keenam dalam carta liga, selepas 20 perlawanan, dan hanya ketinggalan sebanyak lima mata dari pendahulu Selangor II.

Must Watch Video