Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Armed Forces tak rela keciciran mata lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Cooper

Setiap perlawanan adalah tuntutan tiga mata penting.

Demikian penegasan ketua jurulatih Armed Forces, Kevin Cooper, menjelang aksi berdepan Imigresen II di Stadium Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), esok.

Advertisement

Selepas melewati tujuh kemenangan tujuh seri dan dua kekalahan, Armed Forces berhasrat untuk tidak kerugian mata lagi.

Tegas Cooper, kemanisan kemenangan berturut turut dirinduinya selepas mengharungi lima permainan terakhir yang berkesudahan seri.

"Kami mengetahui ia tidak akan menjadi perlawanan yang mudah. Semua pasukan mahu mengutip mata menjelang pusingan kedua liga.

"Kami perlu mempersiapkan diri dan melakukan perancangan rapi," katanya.

Dalam pada itu, penjaga golnya, Muhamad Hafizuddin Azuhar, mahu menamatkan badi seri sejak beberapa perlawanan dengan sasaran tiga mata ke atas pihak lawan.

"Penurunan prestasi disebabkan kekurangan fokus berikutan terlalu mengambil mudah.

"Ada rezeki, adalah kejayaan untuk kami," katanya.

Must Watch Video