Ketua jurulatih Armed Forces, Kevin Cooper, menganggap prestasi anak buahnya wajar diberi pujian selepas mencetak enam kemenangan, enam seri dan dua kekalahan sepanjang kempen Liga A1 Semi-Pro.
Baginya, keputusan tersebut bukanlah satu pencapaian yang buruk dengan deretan kemenangan yang mula diraih menuju penghujung pusingan pertama.
Advertisement
Apa yang pasti, dia menuntut kemenangan ke atas Machan di Stadium Mindef bagi menutup pusingan pertama liga dengan rekod tiga kemenangan berturut-turut.
"Keserasian yang kian erat membawa perubahan besar kepada pasukan ini.
"Kami juga mengadakan perlawanan persahabatan bagi memberi minit permainan menjelang perlawanan petang Jumaat ini," katanya.
Dengan jendela perpindahan bakal dibuka bermula pada bulan depan, Cooper tidak menolak kemungkinan akan membawa masuk beberapa pemain bagi menambah kekuatan pasukan.
"Saya memantau sekiranya berpeluang penambahan pemain tapi setakat ini saya gembira dengan barisan yang ada kerana mereka sudah berusaha keras," katanya.