SEOUL PHOENIX 0 ARMED FORCES 6
Jaringan hatrik Muhammad Hairul Iqmal menjulang Armed Forces ketika menumpaskan tuan rumah, Seoul Phoenix 6-0 dalam Liga A1 Semi-Pro di Stadium Majlis Perbandaran Sepang, sebentar tadi.
Advertisement
Kejayaan itu juga menyaksikan Hairul menambah koleksi jaringannya kepada enam gol dalam kancah tersebut.
'Kami lebih menyerlah dalam babak kedua, kami memulakan permainan dengan baik sebelum kualiti individu menurun.
"Setelah berpesan kepada pemain dan kami berjaya membuat permainan menjadi selesa pada akhirnya.
"Mengecewakan apabila kami bergelut dalam separuh masa pertama tapi mendominasi dalam babak berikutnya.
"Ia satu pengajaran yang perlu dikutip," kata ketua jurulatih Armed Forces, Kevin Lee Cooper.
Kunci kejayaan pelawat adalah bersandarkan disiplin serta corak permainan agresif, sekali gus menambah derita tuan rumah dengan lima gol lagi dalam babak kedua.
Lain-lain gol Armed Forces disumbangkan arkitek import dari Korea Selatan, Siwon Yoo, pemain tengah tempatan, Marcus Mah, Yung Jian dan Shahrul Aznei Shopri.
"Saya dapat fokus untuk jaringkan tiga gol dalam separuh masa kedua.
"Kami mendapat suntikan moral (di bilik persalinan) untuk kebangkitan dalam babak kedua," katanya.
Dalam masa sama, Imigresen II memperbaiki kedudukan ke tangga kelapan apabila berkenduri gol ketika berdepan Machan.
Selepas menghasilkan dua gol dalam babak pertama, permulaan awal babak seterusnya menjadi rancak dengan tiga gol terhasil sebelum perlawanan berkesudahan 5-2.