Malam penuh gemilang buat pemain badminton nombor satu dunia, Cheah Liek Hou, apabila meraih gelaran Pemain Para Lelaki Terbaik Dunia 2025 pada Majlis Gala Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China malam tadi.
Pemenang dua kali pingat emas Sukan Paralimpik itu mengekalkan sensasi kedudukan pertama dunia itu sejak 2019, dan masih bertahan ekoran beberapa gelaran dan konsistensi mencapai keputusan positif dalam beberapa kejohanan.
Advertisement
Pencapaian menggondol lapan Kejuaraan Dunia serta meletakkan Liek Hou di kelas tersendiri.
๐ ๐ ๐ฒ๐ปโ๐ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฑ๐บ๐ถ๐ป๐๐ผ๐ป ๐ฃ๐น๐ฎ๐๐ฒ๐ฟ ๐ผ๐ณ ๐๐ต๐ฒ ๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Congratulations to ๐ฒ๐พ Cheah Liek Hou! โจ๐#BWFPlayeroftheYearAwards pic.twitter.com/0hZtuTemMtโ BWF (@bwfmedia) December 15, 2025
Malah, atlet berusia 37 tahun itu sudah merekodkan lebih daripada 30 gelaran kejohanan jelajah antarabangsa, sekali gus menjadi pemain tiada tandingan dan sering diberi diletakkan selaku pilihan utama.
Liek Hou bukan sahaja membawa pulang satu anugerah, tetapi gandingannya bersama Mohd Fareez Anuar menjulang Beregu Para Terbaik Dunia 2025.