Pasukan Young Elephants bakal kembali memberi tentangan dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) 2026, selepas kali terakhir melakukan penampulan pada 2024.
Misi utama mereka kali ini memberi pengalaman kepada barisan pemain yang rata-ratanya dari skuad Sukan Malaysia (Sukma) Pahang dan bakal menggalas cabaran dalam temasya Selangor 2026, dengan sasaran membawa balik pingat emas.
Advertisement
Ketua jurulatih Young Elephants, Mohd Sufian Mohamad, juga berkongsi terdapat beberapa pemain senior yang bakal membantu kempen Young Elephants pada musim ini.
"Ini sebagai pendedahan awal selain menjadi persiapan terakhir kami untuk menghadapi Sukma.
"Saya menyasarkan tempat ke suku akhir untuk bagi memperbaiki pencapaian 2024.
"Saya berharap pasukan baru dan muda ini -- yang cetek pengalaman -- mampu menyerap tekanan selain dibantu pemain senior seperti Ismail Abu yang juga dalam persiapan menghadapi Piala Razak.
"Saya harap gabungan ini membawa kami ke peringkat seterusnya," katanya.