Skip to main content

Sukan

LHM: Pengadil bertaraf antarabangsa mampu tampung ketiadaan video rujukan pengadil

LHM

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memansuhkan penggunaan video rujukan pengadil dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) 2026 yang membuka tirai pada Sabtu ini.

Kata sepakat itu hasil maklum balas daripada semua pihak dalam badan induk tersebut selain beberapa faktor kekangan bagi penyelarasan di semua venue terlibat.

Advertisement

Pada masa sama, KHM memberi jaminan mutu pengadilan yang melibatkan 50 pegawai perlawanan berada di tahap terbaik.

Sejumlah 103 perlawanan liga lelaki dan wanita termasuk aksi timbal balik dan final Piala Sumbangsih serta final Piala Liga dijadual berlangsung dari 11 sehingga 17 April, manakala aksi liga akan kembali bersambung selepas temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

LHM 2026 turut menjadi pentas keemasan buat pengadil tempatan melebarkan karier ke peringkat antarabangsa apabila prestasi pengadil tempatan bakal dinilai wakil daripada Persekutuan Hoki Asia (AHF).

"Setakat ini tiada, mungkin di sini boleh (Stadium Hoki Nasional 1, Bukit Jalil) tapi di tempat lain susah jadi lebih baik tidak payah," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Datuk Seri Anil Sandhu.

Tambah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KHM, V. Jayanandhan: "Kami akan mengambil beberapa pengadil di Asia selain pengadil bertaraf antarabangsa di Malaysia juga makin ramai, jadi kami jangkakan pengadilan yang lebih baik."

 

Must Watch Video