Skip to main content

Bola Sepak

LHM: Lima muka baru lengkapkan barisan THT

hoki

Ketua jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Mohd Harfizi Baharom, menegaskan lima pemain bakal dimasukkan bagi memperkuatkan pasukan itu menjelang Liga Hoki Malaysia (LHM) yang akan bermula 11 April ini.

Harfizi berkata lima pemain tersebut -- yang terdiri daripada Muhammad Firhan Ashari (TNB), Alfarico Lance (Maybank), Mohamad Harris Iskandar (TNB), Muhammad Aqil Danial (TNB) dan Darwisy Hamdan -- memiliki kehebatan dan kekuatan masing-masing.

Advertisement

Sementara itu, pemain yang keluar pula adalah Andwalfian Jeffrynus, Mohamad Akhimullah  Anuar Esook dan Syarman Mat Tee yang berhijrah dari THT ke TNB.

Skuad THT mendapat pengalaman berharga menerusi kemenangan 4-0 dalam perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan, Indonesia, semalam.

"Pasukan dalam proses menyesuaikan diri dengan corak permainan yang dietrapkan. Dari hari ke hari mereka menunjukkan perkembangan makin positif.

"Kami cuba ubah suai beberapa formasi menyerang yang telah dirancang dan pemain mengutip pengajarannya dalam perlawanan ini," katanya. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video