Skip to main content

Hoki

LHM: Faizal Saari pamer mentaliti berbeza! Kerja keras bersaing dengan pemain muda

j

Penyerang sensasi skuad hoki negara, Faizal Saari, terus membuktikan “otai masih berbisa" apabila mengetuai kemenangan Terengganu Hockey Team (THT) menundukkan Armed Forces 7-1 dalam perlawanan ketiga Liga Hoki Malaysia (LHM), semalam.

Faizal yang masih kekal berada dalam kelas tersendiri meskipun usianya kini mencecah 35 tahun menerusi empat gol semalam bagi menghadiahkan kemenangan pertama kelab Pantai Timur itu musim ini.

Advertisement

Lebih membanggakan, Faizal kini merupakan penjaring terbanyak liga selepas tiga perlawanan menerusi tuaian enam gol iaitu tiga gol padang, dua gol penalti strok dan satu gol pukulan sudut penalti.

Mentalitinya sememangnya berbeza apabila terus memikirkan ruang penambahbaikan dalam permainannya.

Penyerang itu melaung amaran awal, sentuhan pukulan sudut penaltinya masih belum berada di tahap terbaik.

"Saya baru jaringkan satu pukulan sudut penalti dan saya perlu cipta lebih banyak peluang untuk hasil yang lebih baik.

'Saya perlu jaringkan gol dan kekalkan stamina demi bersaing dengan pemain muda.

"Saya masih boleh beraksi. THT baru mendapat rentak memandangkan kami lepaskan gol pada saat-saat akhir perlawanan pembukaan dan kedua.

"Saya agak kecewa kerana sudah terlepas satu piala dan akibat terikat dengan Maybank dalam perlawanan kedua, jadi makin sukar untuk momentum kejuaraan.

"Dengan aksi timbal balik LHM, kami perlukan teruskan momentum," katanya. 
 

Must Watch Video