Pakar pukulan sudut penalti Maybank, Najmi Farizal Jzlan, selepas langkah kanan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2026, menumbangkan Young Elephants Pahang 5-2.
Aspirasi yang membara dalam pasukan Maybank itu merujuk kepada pengakhiran kemarau kejuaraan mereka yang berlarutan lebih dari tiga dekad.
Advertisement
Secara tradisinya, Maybank merupakan pasukan yang seringkali menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik.
Namun, berbekalkan persiapan awal menjelang musim ini, Maybank yang dibawah kepimpinan Iman Gobinathan mempunyai perancangan untuk menidakkan keupayaan dan dominasi TNB Thunderstars dan Terengganu Hockey Team (THT).
Maybank dijangka berdepan cabaran berliku apabila bertemu THT dalam aksi kedua LHM pada Jumaat ini.
"Last pencapaian terbaik kami adalah 1997, itu pun sebagai naib juara.
"Kalau bukan kami, siapa lagi yang cipta sejarah untuk Maybank (tamatkan penantian kejuaraan).
"Pasukan memang sasarkan untuk ke final, tapi secara individu kami inginkan kejuaraan.
"Sekian lama dalam kelompok tiga terbaik, tahun ini adalah tempoh terbaik kami rebut kejuaraan.
"Pasukan ini sudah lama dibentuk bersama, ada segelintir pemain yang masih kekal dalam tempoh 10 tahun.
"Jadi tiada masalah untuk kami bermain sebagai sepasukan untuk mendapatkan gelaran," katanya.
