Skip to main content

Bola Sepak

Lewis Hamilton kini berpasangan dengan Kim Kardashian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Lewis Hamilton kini berpasangan kengan Kim Kardashian

Pelumba Formula 1 berstatus legenda dan juara dunia berbilang kali, Lewis Hamilton, kini menjadi tajuk utama bukan hanya di litar perlumbaan tetapi juga dalam gosip hubungan selebriti selepas*hubungannya dengan Kim Kardashian menjadi umum buat pertama kali semasa Super Bowl LX.

Hamilton, 41, dan Kardashian, 45, dilihat duduk bersama dalam tempat VIP di Levi’s Stadium, Santa Clara, semasa perlawanan antara New England Patriots dan Seattle Seahawks. Foto serta rakaman video mereka bersama dengan penampilan mesra ini tersebar di media sosial dan menjadi bukti pertama yang jelas tentang hubungan mereka di khalayak ramai.

Advertisement

Menurut laporan, ini bukan sekadar kebetulan duduk bersama, tetapi menandakan bahawa pasangan ini memilih momen Super Bowl -- salah satu acara sukan terbesar dunia -- sebagai debut hubungan mereka secara rasmi di khalayak umum.

Hubungan antara Hamilton dan Kardashian dilaporkan bermula dari persahabatan bertahun-tahun. Kedua-dua mereka pertama kali bertemu pada tahun 2014 di majlis GQ Men of the Year Awards dan kemudian sering berinteraksi di pelbagai acara sosial sepanjang dekad lalu.

Laporan media menyebut bahawa hubungan ini mula mendapat spekulasi serius selepas mereka dilihat bersama di beberapa lokasi di Eropah — termasuk London, Paris dan sebuah getaway romantik hujung minggu di Cotswolds sebelum acara Super Bowl.

Walaupun Super Bowl bukan acara yang berkaitan langsung dengan dunia Formula 1, kehadiran Hamilton di situ bersama Kardashian -- salah seorang individu paling terkenal dalam budaya pop global.

Situasi ini memperlihatkan bagaimana atlet-atlet elit masa kini bukan sahaja bersinar di arena mereka sendiri tetapi juga menjadi sebahagian daripada naratif budaya besar di peringkat global.

Must Watch Video