Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Lesen Kebangsaan: MFL perlu lebih tegas

j

Isu berbangkit mengenai masalah kewangan melibatkan kelab tempatan tetap mencemarkan perjalanan liga yang baru melabuhkan tirainya pada 23 Mei lalu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid, menyarankan Malaysia Football League (MFL) untuk menetapkan syarat lebih ketat kepada semua pasukan yang ingin bersaing musim hadapan.

"Ini yang saya harap MFL tekankan demi keadilan terhadap pasukan yang membayar tanpa culas.

"Saya harap 'lesen bersyarat' tidak dikeluarkan kepada pasukan yang tidak layak dan kalau ada, pasukan perlu tunjuk senarai sumber kewangan yang bakal didapati selain duit semasa," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Muzakkir turut menegaskan setiap pasukan perlu membukti kemampuan kewangan mereka untuk mengharungi musim liga secara menyeluruh.

Ini termasuk cadangan agar setiap pasukan membayar bon atau deposit sebagai jaminan, yang boleh digunakan sekiranya berlaku masalah kewangan ketika musim berjalan.

"MFL perlu perlu ketatkan syarat dengan memegang bon sebagai jaminan jika kewangan sesebuah berpasukan ini bermasalah," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video