Charles Leclerc baru-baru ini mengumumkan perkahwinan bersama pempengaruh yang cukup jelita, Alexandra Malena Leclerc, menerusi foto yang tular di platform media sosial Instagram dalam majlis tertutup yang berlangsung di Monaco.
Namun apa yang mencuri tumpuan ialah haiwan peliharaannya, yang diberi nama Leo, kelihatan di setiap sudut gambar yang dikongsi sepanjang majlis berkenaan. Comel betul!
Advertisement
Kehadiran Leo begitu menonjol, sehingga ada yang merasakan seperti Leo sudah dilatih untuk mejadi ‘best man’ Leclerc di hari bahagianya.
Apa yang pasti, Leo memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang individu yang cukup sibuk dengan perkembangan karier sukan dan hiburan. Ini kerana, dalam perkongsian lalu di media sosial juga, Leo turut sering kelihatan dalam banyak waktu bersejarah Leclerc.
Antaranya adalah, sewaktu pemandu Formula 1 itu menggunakan cara yang unik dengan menyampaikan mesej lamaran kepada pasangannya dengan melekatkannya pada kolar Leo.
Bukan itu sahaja, Leclerc sebelum ini juga pernah berkongsi dalam beberapa wawancara mengenai hubungan rapatnya dengan Leo sekaligus membantunya mengimbangi kesibukan dalam kehidupan seharian.
Dalam masa sama, Leclerc turut beri bayangan bahawa sambutan persandinvan yang lebih besar mungkin akan diadakan dalam masa terdekat. Yang penting pasangan ni memang macam merpati dua sejoli!