Skip to main content

Bola Sepak

Leicester City tersingkir ke divisyen tiga selepas 10 tahun rangkul gelaran juara EPL

maa

Leicester City terpaksa akur apabila tersingkir ke divisyen tiga England selepas 10 tahun kejayaan penuh kejutan mereka merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2015/16.

Skuad The Foxes Ketika ini menduduki tangga ke-23 dalam carta Liga Kejuaraan dengan 42 mata daripada 44 perlawanan dengan tujuh mata di luar zon selamat dan masih hanya berbaki dua perlawanan.

Advertisement

"Sangat mengecewakan," kata pengurus, Gary Rowett, yang mengambil alih Leicester sejak Februari lalu sebagai pengurus keempat -selepas Marti Cifuentes, Peter Hodge dan Andy King- dalam tempoh kurang setahun.

 

 

 

 

Selain menjuarai gelaran liga, Leicester memenangi Piala FA yang pertama buat kelab itu pada edisi 2021, selain mara ke pusingan suku akhir dalam kempen Liga Juara-Juara edisi 2017.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Leicester tersingkir ke divisyen tiga sejak musim 2008 hingga 2009.

Must Watch Video