Skip to main content

Bola Sepak

Legenda Manchester City bersedia untuk berpindah, Rodri menuju Barcelona

Rodri

Satu era di Etihad bakal berakhir, Manchester City dilaporkan telah bersetuju menjual Rodri kepada Barcelona dalam satu perjanjian bernilai £65.4 juta (RM358,896,496). Kejutan besar buat penyokong The Cityzen yang menyaksikan tunjang pertahanan pasukan mereka bersedia untuk pindah ke LaLiga.

Pemain berusia 30 tahun itu yang juga juara Piala Dunia bersama Sepanyol dan bekas pemenang Ballon D’Or dijadual menjalani pemeriksaan perubatan bersama Barcelona pada hari Selasa, sebelum memeterai kontrak empat tahun.

Ini bukan keputusan mudah untuk City. Walaupun kelab cuba memujuk Rodri melanjutkan kontrak yang tinggal setahun sahaja, tawaran ketiga daripada Barcelona akhirnya terlalu menarik untuk ditolak.

Dan pemergian ini meninggalkan lompong besar dalam pasukan tengah City!

Ini turut menjadi sebahagian daripada rombakan besar-besaran barisan tengah City musim ini. Kelab sudah pun memecahkan rekod pemindahan British dengan menandatangani Elliot Anderson bernilai £116 juta (RM636,745,692) dari Nottingham Forest. Sementara itu, Tijjani Reijnders dijangka meninggalkan Etihad menuju Al-Qadsiah dalam Liga Saudi dengan yuran kira-kira £51 juta (RM279,948,537).

City turut menyimpan minat mendalam terhadap Enzo Fernandez dari Chelsea, walaupun laporan menyebut pemain antarabangsa Argentina itu dijangka kekal di Stamford Bridge sepanjang musim 2026/27 selepas City terlepas tarikh akhir tawaran yang ditetapkan Chelsea.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video