Legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan England, David Seaman, berkongsikan perasaan kagum melihat perkembangan semasa dan kemampuan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika menerima kunjungan pasukan gergasi EPL, Chelsea, baru-baru ini.
Perlawanan persahabatan itu berakhir dengan skuad Harimau Selatan bangkit mengikat juara Piala Dunia Kelab 2025 itu 3-3 dengan memberikan saingan sengit di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Penyerang sensasi JDT, Arif Aiman Hanapi, Oscar Arribas dan Bergson Da Silva muncul penjaring dalam aksi yang turut menyaksikan pemain-pemain bintang seperti Nicolas Jackson, Liam Delap dan Mikaylo Mudrik itu turut diturunkan jurulatih The Blues, Xabi Alonso.
"Saya agak terkejut, banyak jurulatih terbaik yang ada ketika ini, dan saya melihat cara mereka mencari gol.
"Salah satu jaringan itu merupakan jaringan secara kolektif dan bukan gol individu, saya suka penyerang yang menghantar bola melepasi gawang kepada pemain yang mempunyai peluang yang lebih baik.
"Itu menunjukkan penyerang itu tidak mementingkan diri dan bermain sebagai satu pasukan," katanya.
Ketika ditanyakan mengenai ketajaman Arif Aiman yang memacu jentera serangan JDT ketika berdepan Chelsea, dia berkongsikan: "Ia sangat bagus, kerana Chelsea pasukan besar.
"Mereka (Chelsea) pasukan terbaik dan apabila anda berdepan mereka serta meraih keputusan seperti itu, ia menyedarkan bahawa pasukan mereka (tahap) tidak begitu jauh dengan anda.
"Ia ujian yang bagus buat mereka, sekarang mereka tahu mereka perlu berada di tahap mana. Pengalaman yang baik buat mereka, dan mereka tidak akan melupakan." katanya.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan memeriahkan Premier League 2026/26 Launch dan Viewing Party di WoW Plaza, LaLaport BBCC hujung pada Ahad ini Bersama David Seaman dan selebriti tanah air.