Bekas bintang pertahanan Borussia Dortmund, Neven Subotic, mengakui hampir bankrap kerana sebahagian daripada hasil titik peluhnya dalam karier bola sepaknya digunakan untuk tujuan amal.
"Aset saya akan habis tidak lama lagi. Saya telah menderma sekitar €4 juta (RM15.86j) dan membuat kerja sukarela.
Advertisement
"Saya pernah bermain bola sepak profesional selama 14 tahun dan gaji saya sangat tinggi. Dan saya tidak menjana pendapatan besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. (Saya menikmati gaji tinggi) di BVB untuk seketika.
"Itulah sebabnya perkongsian korporat sangat penting: ia membantu menanggung kos yayasan dan dengan itu yayasan akan terus kekal dengan saya," kata bekas tonggak yang pernah menghantar Serbia ke Piala Dunia 2010.
Yayasan Neven Subotic yang ditubuhkan pada 2012 banyak menyalurkan bantuan asas kehidupan seperti bekalan air bersih di Timur Afrika seperti negara Ethiopia.