Skip to main content

Berbasikal

Legenda berbasikal negara harap pucuk kepimpinan baru PBKL kukuh aspek kewangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jongan

‘Kewangan paling penting’

Itu yang diharapkan legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, menjelang Mesyuarat Agung Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) yang dijadual berlangsung pada hujung Januari ini.

Advertisement

Bagi Joo Ngan, semua calon presiden yang berhasrat merebut tampuk kepimpinan tertinggi perlu menjadikan kestabilan kewangan sebagai keutamaan utama.

Joo Ngan yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pembangunan di bawah PBKL melihat aspek kewangan sebagai kunci penting dalam usaha melahirkan bakat baharu di Kuala Lumpur.

"Jika kewangan kelab tidak stabil, sukar untuk mencari bakat baharu terutama di Kawasan bandar kerana mereka juga terikat dengan tanggungjawab belajar" - Datuk Ng Joo Ngan

Joo Ngan turut berharap kepimpinan baharu nanti mampu mengembalikan kegemilangan PBKL seperti suatu ketika dahulu, yang pernah melahirkan pelumba hebat negara seperti M. Kumaresan dan Tsen Seong Hoong.

"Saya berharap tampuk kepimpinan baharu mampu mengubah segalanya dan bekerja keras demi mengembalikan zaman kegemilangan PBKL" - Datuk Ng Joo Ngan

Must Watch Video