Ketua jurulatih ping pong negara, Beh Lee Wei, tekad untuk mengakhiri kemarau emas lebih tiga dekad selepas kali terakhir Malaysia menyumbangkan emas adalah pada 1991 menerusi Phua Bee Sim-Chong Choi Ting muncul juara dalam beregu wanita.
Bagi Lee Wei, kegagalan meraih emas sebelum ini disebabkan barisan pemain muda yang menjadi taruhan.
Advertisement
Meskipun konsisten ke final, kali ini barisan pemain yang ada lebih matang sekali gus lebih bersedia menghadapi temasya Sukan SEA Thailand 2025.
"Pasukan memang muda lagi tetapi sudah boleh melangkah ke final, bagi saya memang pencapaian yang besar.
"Kita dapat pengalaman daripada luar negara selain menjuarai kejohanan di luar negara. Daripada motivasi pemain ada peluang besar untuk menang," katanya.
Sementara itu, dua prospek pingat negara di Thailand nanti, Chong Javen-Wong Qi Shen, sedia menyahut laungan jurulatih mereka apabila kali ini persiapan mereka lebih mantap dan lebih matang berbanding edisi sebelum ini.
"Kami jangkakan kami mampu beri aksi terbaik. Kami memikirkan lakukan yang terbaik dahulu baru menang." jelas Chong Joven.
