Skip to main content

Badminton

Lee Chong Wei Cup bakal jadi medan pemain remaja menyerlah dalam sukan badminton!

HOKI

Siapa je tak ingat zaman legenda badminton negara Dato’ Sri Lee Chong Wei aktif beraksi menyaksikan pencapaian tertingginya raih perak dalam temasya berprestij seperti Sukan Olimpik? 

Jadi ini masanya untuk Datuk Seri Lee Chong Wei 'giveback'.

Advertisement

Saingan ini diperkenalkan sebagai kejohanan badminton remaja berprestij di Malaysia yang diasaskan atas misi peribadi Chong Wei — memberi kembali kepada sukan dan komuniti yang telah membentuk perjalanan kariernya, selain mencungkil & membangunkan bakat muda tempatan ke tahap lebih tinggi. 

Kerjasama antara Akademi Badminton Malaysia dan Yayasan Lee Chong Wei ini akan berlangsung di venue sekitar Kuala Lumpur dan tarikh yang akan diumum kelak dijangka pada hujung tahun musim cuti persekolahan melibatkan golongan umur 13 hingga 17 tahun merangkumi lima kategori.

Menriknya, ganjaran menanti para pemenang,  menawarkan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 dengan saingan berkonsepkan karnival — sesuai dengan golongan muda ketika ini. 

Lebih santai dan interaktif selain acara tambahan seperti tapak jualan yang akan diadakan di venue nanti bersama rakan strategik yang terlibat termasuk Chery, Yonex, Astro dan BAM.

Jadi teruskan bersama Astro Arena bagi menjadi saksi pembentukan pelapis negara berkualiti untuk masa depan negara! 


 

Topik Berkaitan

Must Watch Video