Aksi magis Rafael Leao bantu AC Milan ke puncak Serie A dengan kemenangan tipis 1-0 di Cagliari.
Adrien Rabiot bertindak sebagai arkitek kemenangan apabila lorongannya berjaya menemui Leao yang menjaringkan gol melepasi Elia Caprile selepas 50 minit di Sardinia.
Advertisement
Milan mendahului Inter Milan bakal bertemu Bologna pada Ahad sementara Napoli berkunjung ke Lazio.
Pelawat berjaya beraksi cemerlang selepas rehat separuh masa, Ruben Loftus-Cheek menanduk bola melepasi palang gol sebelum Leao, yang kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan, memecah kebuntuan selepas percubaannya terkena palang beberapa minit sebelumnya.
Christian Pulisic terlepas peluang untuk gol kedua dengan baki empat minit tetapi pasukan pelawat memperoleh ketiga-tiga mata untuk mengekalkan rentak tanpa kalah mereka di tempat lawan musim ini.
Cagliari kekal di tangga ke-14 dengan 18 mata.