Ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, menganggap Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai ‘guru’ terbaik apabila mengakui anak buahnya memperoleh banyak pengajaran susulan kekalahan semalam.
Ia, menjadi persiapan menghadapi cabaran seterusnya, iaitu perlawanan separuh akhir pertama bertemu Kelantan The Real Warriors dalam MFL Challege Cup di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 3 Mac ini.
Advertisement
Lantas, bekas pemain negara itu tiada rungutan terhadap prestasi anak buahnya walaupun mengakui tiga daripada empat gol yang dibolosi adalah hasil kesilapan pemainnya sendiri.
"Ia adalah satu 'latihan' terbaik sebelum bertemu Kelantan nanti.
“Saya harap tidak hilang lagi players”,
Wan Rohaimi susulan isu kecederaan pasukannya selepas pertemuan menentang JDT.@ASTROARENA pic.twitter.com/qo0BpRgJl0— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 28, 2026
"Saya turut bersyukur pemain tidak menerima kad kuning.
"Persembahan baik dan kesungguhan yang jitu, tetapi kesilapan kecil membunuh kami.
"Selagi kami belajar, saya berharap perkara manis akan berlaku," katanya.