Skip to main content

Advertisement

Olahraga

Larian keluarga tambah meriah FTKLAA Cross Country

FTKLAA Cross Country

Jika ada yang tertanya-tanya mengenai acara larian yang boleh disertai dalam masa terdekat dan jawapannya, di Padang Merbok, Kuala Lumpur untuk FTKLAA Cross Country Edisi Ke-39 pada 5 Julai depan.

Acara ini menampilkan 13 kategori larian yang merangkumi pelbagai peringkat umur dan tahap kecergasan, termasuk perlumbaan kompetitif serta dua kategori baru untuk lelaki dan wanita veteran bagi jarak 10 dan 15 kilometer.

Advertisement

Bagi Presiden Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri V. Pulainthiran, acara ini terus menjadi platform untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan menyemai minat terhadap sukan larian.

"Kami turut mengadakan kategori larian keluarga yang membabitkan 3km dan 5km.

"Penganjuran tahun ini bertambah istimewa menerusi pembabitan barisan penaja yang secara tidak langsung menjadi satu petanda yang baik buat sukan di Malaysia," katanya. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video