Skip to main content

Maraton

Larian berbeza Eliud Kipchoge di Bangkok

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maraton

Jika ikutkan jaguh maraton dunia, Eliud Kipchoge, hanya memerlukan kurang daripada tempoh dua jam untuk menamatkan larian sejauh 42.2 KM (Full Marathon), tetapi atlet kelahiran Kenya itu tidak kisah rekod lariannya untuk 21.1 KM (Half Marathon) di Amazing Thailand Marathon Bangkok (ATMBKK) 2025 adalah 2 jam 13 minit kerana dia mengiringi Permaisuri Thailand, Suthida Bajrasudhabimalakshana.

Ia berlaku 10 hari selepas Eliud Kipchoge mengejutkan dunia larian dengan penamatan kolaborasi ikoniknya bersama pengeluar jam tangan sukan berteknologi tinggi, COROS dan hampir sebulan selepas pengumumannya untuk meninggalkan pentas maraton elit, dengan New York Marathon 2025 pada 2 November lalu merupakan perlumbaan terakhirnya.

Advertisement

Ikon larian jarak jauh itu membuat kemunculan istimewa merasmikan ATMBKK 2025 disamping Permaisuri Suthida, sebelum menyempurnakan larian half marathon yang pantas menarik perhatian ramai sebagai simbolik perjuangan yang belum selesai.

Bangkok dijangka sebahagian daripada destinasi siri jelajah antarabangsa Eliud dalam tempoh 2 tahun ini, dalam meneruskan misinya untuk menjadikan dunia sebagai ‘running world’ walaupun kini tanpa sokongan penaja yang telah bersamanya sejak 2019.

Must Watch Video