Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe

Gonzalo Garcia menjaringkan hatrik ketika Real Madrid menewaskan Real Betis 5-1 awal pagi tadi.

Los Blancos tidak menunjukkan sebarang masalah tanpa khidmat Kylian Mbappe, mempamerkan sentuhan yang cukup klinikal dalam aksi selepas bersambung rehat musim sejuk.

Advertisement

Skuad kendalian Xabi Alonso bergelut mencari peluang di awal permainan, namun akhirnya membuka jaringan apabila Garcia menanduk masuk sepakan percuma Rodrygo.

Vinicius Jr kelihatan memberikan ancaman di bahagian sayap sementara Betis turut berusaha mendapatkan gol namun dinafikan beberapa kali oleh Thibaut Courtois.

Los Blancos terus cemerlang dalam separuh masa kedua, Garcia menggandakan kelebihan sebelum pemain pertahanan, Raul Asencio, menjadikan kedudukan tiga gol tanpa balas.

Cucho Hernandez mengurangkan defisit jaringan namun Garcia meleburkan sebarang peluang kebangkitan lawan sebelum Fran Garcia meledak gol kelima Madrid.

 

Must Watch Video