Skip to main content

Bola Sepak

Lagi jurulatih letak jawatan serta merta awal musim, pemain sendiri terkejut

SOCCER-TURKEY-FENERBAHCE:Soccer-Fenerbahce coach announces resignation, club president tells him to stay

Ketua jurulatih Fenerbahce, Ismail Kartal, mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta selepas keputusan seri 1-1 menentang AS Roma dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Istanbul awal pagi tadi.

Namun, beberapa minit kemudian pengurusan kelab menyatakan bahawa Kartal akan kekal memegang jawatan tersebut.

Kedudukan itu masih menjadi tanda tanya susulan pengendali kelahiran Turkiye itu belum menerima pelawaan tersebut setakat ini.

Jurulatih berusia 65 tahun itu memberitahu sidang media bahawa dia akan meninggalkan kelab itu dan "tidak akan kembali lagi", sambil menambah bahawa keputusan itu "demi memberi laluan kepada kelab".

Presiden Fenerbahce, Aziz Yildirim, pantas memberikan reaksi memberitahu bahawa Kartal "akan terus memegang peranannya".

"Beberapa penyokong membaling botol ke arah kepala jurulatih semasa perlawanan berlangsung. Dia berasa kecewa dengan kejadian itu.

"Saya baru sahaja bercakap dengan Ismail Kartal. Dia menyebut tentang insiden botol itu dan turut mengadu mengenai tekanan yang dihadapinya."

Perkara itu mengejutkan para pemain yang baru diketahui ketika ditanya oleh wartawan selepas tamat permainan sebentar tadi lalu enggan mengeluarkan sebarang komen.

Kartal, yang pernah menghabiskan masa sedekad bersama Fenerbahce sebagai pemain, melatih kelab itu pada musim 2014/15, kemudian secara sementara pada musim 2021/22 sebelum kembali untuk satu musim penuh pada 2023/24.

Kartal merupakan penolong pengurus Fenerbahce ketika kelab itu memenangi Liga Super Turkiye.

Fenerbahce menduduki tempat kedua dalam liga utama negara itu sejak lima musim lalu dan berjaya mara ke UCL pada musim ini buat kali pertama dalam tempoh 18 tahun.

Ahad lalu, perkembangan dalam Serie A pula, Fiorentina memecat ketua jurulatih, Fabio Grosso, selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut awal musim ini menyebabkan mereka berada di tangga tercorot.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement