Skip to main content

Bola Sepak

Lagi drama keluarga berlarutan, anak 'lepas geram' terhadap David Beckham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Beckham

Krisis kekeluargaan semakin menemui jalan buntu apabila Brooklyn Beckham memuat naik kenyataan panjang di Instagram rasminya semalam, sekali gus menconteng arang pada keluarga terkemuka dunia itu.

Terdahulu, Brooklyn meminta ibu bapanya menggunakan saluran perundangan menerusi peguam untuk sebarang urusan mahupun berkomunikasi.

Advertisement

Hubungan darah daging bekas bintang bola sepak England dan Manchester United itu semakin berantakan apabila Brooklyn melarang David dan Victoria Beckham mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial.

Ada yang mendakwa isu tersebut berlaku susulan banyak campur tangan pemilihan gaun kahwin antara Brooklyn dan Nicola Peltz pada 2022.

Malah, Brooklyn dan Peltz juga tidak menghadiri kebanyakan majlis rasmi bersama Beckham sekeluarga. Dan, ini menguatkan lagi spekulasi dingin keluarga selebriti terkemuka dunia itu.

Brooklyn berasakan diri dan isterinya diancam oleh ibu bapanya lalu menjelaskan situasi sebenar mengkritik Beckham dan Victoria.

Keinginan untuk memutuskan tali persaudaraan secara terang-terangan selepas mendakwa kehidupannya dikawal oleh Beckham dan isterinya. Ia ditambah dengan sikap layanan kurang adil terhadap Nicola Peltz sebagai menantu.

Kini, jenama 'Beckham' sebagai imej penting mula menjadi persoalan dan bakal mengakibatkan persepsi buruk di kalangan media.

Setakat ini, pihak David dan Victoria Beckham dilaporkan belum memberikan sebarang maklum balas rasmi terhadap perkara berkaitan.
 

Must Watch Video