Reputasi Sepanyol di pentas Eropah sukar digugat apabila kekal menjadi ratu saingan Liga Negara-Negara Eropah dalam penganjuran tahun kedua dengan kali ini menewaskan Jerman menerusi keputusan agregat 3-0.
Selepas pulang dari aksi final pertama di Jerman dengan keputusan 0-0, Sepanyol sedia takluki keramat di laman sendiri menerusi perjuangan menambah koleksi kejuaraan!
Advertisement
Dan kehebatan La Roja bermula menerusi gol pembukaan disempurnakan penyerang berbisa mereka, Claudia Pina untuk tuan rumah di depan 1-0.
Sebelum Victoria Lopez menggandakan kelebihan Sepanyol kepada 2-0 sekaligus peluang mengesahkan kejuaraan kali kedua semakin hampir menjadi milik mereka!
Keampuhan Sepanyol berterusan dengan Claudia sekali lagi muncul wira pasukan menerusi ledakan gol ketiga sekaligus muncul penjaring terbanyak kejohanan kali ini.
Keputusan 3-0 dinikmati tuan rumah cukup untuk menyaksikan mereka mempertahankan kejuaraan Liga Negara-Negara Eropah buat kali kedua berturut-turut menerusi kemenangan agregat 3-0.
